Selamat melayari kisah hidup saya. Semoga kisah saya dapat menceriakan hari kamu. Terima kasih sudi mengunjungi blog nutyra 💜Have a nice day!

Kasihan..

Sakit hati aku takde sape kesah.. Punyalah aku nak jaga hati semua orang tapi last-last aku juga yg sakit.. Setiap rintihan orang aku dengar tapi masa aku nak luahkan, tiada seorang manusia pun peduli.. Kasihan~

Aku juga punya hati, luahan, keluhan, sikap perikemanusiaan, sifat lemah dan kuat walaupun tiada siapa peduli dan tahu. Kasihan~

Aku tak pernah minta untuk kekal bahagia tapi berilah aku rasa bahagia sebahagianya walaupun sekejap.. Aku tak pernah minta untuk kaya sekaya kayanya sebab aku tahu dengan wang, kasih sayang tu jadi murah sesangat.. Bukan kasih kerana akal dan budi tapi kasih kerana wang semata-mata.. Murah sangat cinta dan kasih tu kan?      :')

Akal tu dinilai melalui cara pemikiran, cara reaksi kita terhadap sesuatu dugaan/cabaran/nikmat.. Jika kemarahan yg kau pilih, maka musnah kebahagiaan itu.. Jika kesedihan yg kau pilih, maka menangislah kau sepuasnya.. Jika ketenangan yg kau minta, maka kau akan seronok apabila ditimpa ujian yg besar kerana masa tu kau akan lebih dekat dgn Tuhanmu,Allah SWT..

Engkau tahu Allah akan sentiasa bersama kau, kau gembira, kau sedih, Allah tetap ada jika kau sentiasa ingat padaNya masa susah senang kau.. Rasa kesal dalam hati tu kau boleh buang jauh, sebab kau yakin pada takdir dan aturan Allah.. Kan aturan Allah tu jauh lebih baik drpd aturan manusia.. Lupa ke?   :')

Tiada apa untuk dikesalkan,
Tiada apa untuk ditangisi,
Tiada apa untuk dimarahi,
Tiada apa untuk bahagia,
Melainkan kebahagiaan di 'sana' kelak..

Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment

Jom komen !

Copyright © All here belongs to nutyra💜