Selamat melayari kisah hidup saya. Semoga kisah saya dapat menceriakan hari kamu. Terima kasih sudi mengunjungi blog nutyra 💜Have a nice day!

Leweh

Kau tahu apa tu leweh? L E W E H.

Most of people know me and myself will be ask
'Nape kau ni leweh sangat?'
'Cuba bersemangat sikit buat itu, buat ini.'
'Nape mcm takde semangat nak hidup ni?'

Huhuhuhuhuhu.. Tahu kenapa aku leweh? Sebab hati.
Hati ni dah selalu sangat dengar kutukan,kritikan, suara-suara langau dsb

Kau rasa sape je tahan dengan semua tu? Sebab aku dah malas nak ambil kisah tentang apa orang kata pasal aku. Even kawan kau sendiri boleh sebarkan kisah terburuk dalam hidup kau, kau tak insecure ke bila share bad experiences kau kat orang lain??

Mulut manusia ni memang tak boleh tutup langsung. Mcm ada peribahasa ni 'Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana nak menutupnya.' Langau besar mana pun lalu, manusia ni tetap nak mencekik .. Faham tak kiasan aku tu? Huhuhuhu

Walaupun cerita yg kita dengar tu tersangat teruk dan tak elok utk diceritakan, kita tetap nak sebarkan jugak sebab kita ni orang fasik..
FASIK aka orang yg tahu hukum perbuatan yg dosa tapi tetap melakukan dosa tu.. Sebab kita ni ada sesuatu keinginan untuk membualkan sesuatu (nak jadi peramah lah konon)   pastu kita rasa semua benda yg kita tahu nak beritahu semua yg kita kenal padahal kita tak tahu cerita tu betul ke tidak.. Dah terang lagi bersuluh kau sedang buka aib seseorang.. Entah-entah boleh jadi fitnah pulak..

Aku malas nak ambil peduli lagi dah.. Balik-balik aku je yg sakit hati, terluka, yang dok menangis 24/7.. Orang lain tu tak fikir mende pun.. Penat-penat jaga hati dia, tetiba dia pula yg sakitkan hati kita.. Huih.. Betullah, hidup ini memang penuh cabaran.. Yang kecil pun kau boleh rasa besar, kadang-kadang bila tiba kekuatan Allah berikan untuk kau, kau rasa dugaan yg besar tu kecil sangat.. Sebab kau dah reda dan kau lebih mendahului urusan akhirat berbanding urusan dunia yg entah pahape entah..

Assalamualaikum wa laila saeda,ya ard!

No comments:

Post a Comment

Jom komen !

Copyright © All here belongs to nutyra💜