Takdir ye dok?


Dah sebulan jari aku ni sakit tak terkata.. Nak cerita pun cerita tu terlalu panjang.. Okay, aku pendekkan sikit ceritanya eh ? 

Al-kisah.. kejadian ni berlaku pada 11 Mei di mana orang2 Yahudi cakap pada tarikh ni Hari Ibu ,kan? So kejadian jari aku ni terjadi di Pasaraya Mydin Terbesar kat S2 tuu.. Memang besar gila supermarket ni macam mall.. Hari first aku pergi sana , aku terpegun sesangat.. dengan kaler dinding dia yang meletup gituu.. Aku diri lama sebab nak tengok dinding tu puas2.. Pelik2 kan aku ni?  hahaha.. Forget it.. 

Okay berbalik pada kejadian jari aku... Hari Ahad tu kiteorang dari kenduri kahwin terus pergi Mydin.. Pusing-pusing dan dapat parking.. Memang susah nak cari parking memandangkan hari tu hari terakhir Pesta Buku  N.Sembilan kat situ , so ramai orang yang pergi Mydin.. Bila dah parking tu, ummi dan angah dah keluar dari kereta.. Aku dengan lemah-gemalai nya keluar dari kereta dan tanpa disedari , tangan aku belah kiri ada kat badan kereta sambil tangan kanan aku menghempas pintu kereta sekuat hati... 


Aku : Argggghhh.. Angahh!!  Tersepit~~ (dengan muka yang agak pucat dan aku mcm tak tahu nak buat apa masa tu)

Angah terus bukak pintu kereta tu, tengok-tengok je jari tengah tangan kiri aku berdarah dan kuku aku terbelah dua ! Ummi dengan angah cepat-cepat amek tisu , balut kat jari aku.. Menggigil-gigil tangan aku.. Angah terus drive ke klinik yg terdekat.. Adalah dalam 20 minit angah carik klinik kat S2 tu.. Sampai2 je kat klinik, aku terus duduk kat tempat menunggu.. 'Nur Athirah binti Roshaizi !' aku terus masuk bilik dokter sambil nangis.. Aduii jatuh maruah aku... Dah lah dokter laki pulak.. Tapi nasib baik dokter tu hensem.. Macam pelakon pun ada iras2 dokter ni..


Dr. Taufik :   Huishhh.. jari tengah, bahaya ni ! *sambil pegang2 jari aku* (faham2 jelah ye yang pasal jari tengah tu)

Aku : *nangis tak henti2 macam hilang laki*

Dr Taufik :   Ni memang hempas habis-habisan ni.. *sambil pandang ummi dengan kak ngah*

Ummi :    Dia yang tutup pintu tu sendiri.. Kuatlah jugak bunyi tadi..

Dr Taufik :  Dah2..Jangan nangis .. Sikit je ni..


What? Sikit? sakit wehhhh!! Aduii.. Angah boleh pulak nak amek gambar aku nangis.. Malu seyhh~~

Dr Taufik :  Jangan amek gambar saya! Saya tengah letak ubat je ni..


Perasannya dokter ni.. Angah terus buat muka dan simpan fon dia..


Sakit tu memang sakit.. Sakit sangat.. Kuku aku terbelah dua.. 2 hari jari ni tak henti-henti berdarah.. Nak beristinjak pun susah.. Sampai sekarang pun jari ni memang sakit bila nak luruskan dan bengkokkan.. Tapi nak tak nak aku kena kuatkan semangat.. Orang dah lupa tentang aku.. Tapi aku masih fikirkan tentang orang.. haiihh.. Ya Allah, Kuatkanlah hambaMu ini..