Kampung !

Assalamualaikum !

Semalam aku, ummi dengan ayah balik kampung (serting tengah) kejap.. Nak dijadikan cerita, kitaorang singgah kat rumah Wan (aku tak ingat nama wan sebab keturunan belah nenek memang ramai )

Kat situ ada kambing biri-biri, ayam kampung, ayam laga dan angsa.. Anak-anak buah aku excited gila bila nampak kesemua haiwan tu.. Al maklumlah , semua eh orang bandar.. tak pernah tengok haiwan-haiwan tu..

Tengah duduk-duduk kat luar tu, tetiba ada orang bawa kereta sorong tengah angkut pasir (Wan cakap Wan nak naikkan garaj tu)

Anak buah den tanyo ..

Anak buah : Nenek, tu orang ke apa?

What? Orang ke apa? XD :3 Aku dan kerabat-kerabat gelak sakan.. semua bantai gelak..

Pastu..

Anak buah : Eh! Nenek .. Orang tu jaga haiwan ke apa?

Agak eh dia dah perasan dia tersalah cakap.. Cepat-cepat dia betulkan.. haha..

Semalam hari yang meletihkan..

Chaw ~
Assalamualaikum!

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway