Selamat melayari kisah hidup saya. Semoga kisah saya dapat menceriakan hari kamu. Terima kasih sudi mengunjungi blog nutyra 💜Have a nice day!

Bismillahirahmanirahim


Hari ini(21Jun 2015)  aku rasa sedih sangat.. Patutnya hari minggu macam ni kita bergumbira, terkinja menggedik dengan ummi n ayah.. Entah tetiba aku lemah semangat. Pagi tadi semuanya berjalan lancar, gembira buat study group yg pada mulanya di rumah aku kemudian berpindah ke rumah Farhanah.. Huhuhu guess what?? Kiteorang study kat bilik dia. Dia tak marah pun except ALMARI dia. Sungguh sensitif dia ni bila cakap pasal almari.. Dari tahun lepas, masa kiteorang satu geng sekepala sekautim bagailah, dia mesti cakap "Kalau korang datang rumah aku, jangan buka almari aku!" 

Masa terdetik juga 'Allahu, siapa je yg berani buka almari tuan empunya rumah..' Hahahaha sampai macam tu dia fikir.. Kelaut betul kawan aku seorang ni.. Well, farhanah ni seorang yg patut semuaorang admire because she's an intelligent person, tak lokek ilmu, yang paling penting she is my best friend (rumah kiteorang dekat sesangat tapi jarang keluar sesama esp naik basikal ke taman sebab aku tak lepas2 naik bukit nak ke taman tu kehkehkeh)  
Kekadang tu bila dah lama tak jumpa, rasa rindu sangat.. Macam kita rindu orang yang kita sayang sesangat.. Aku dah anggap dia macam kakak aku XD padahal kalau ikut birthday, aku lagi tua drpd dia.. Bagi aku, dia berfikiran matang dr aku. Masa ambil results pt3 hari tu, aku sampai peluk dia erat sangat.. Gembira untuk seorang kawan memandangkan keputusan dia cemerlang.. Ainun pun dapat keputusan yang cemerlang.. Aku dan Ain dua kali lima je hehehe.. Rezeki tu Allah yang beri, jadi kita sebagai hamba-Nya, hanya perlu patuh, menerima nikmat dan bersyukur kepadaNya..

Okay back to the main topic, imagine bila habis cuti 2 minggu hari tu, on the first day in school most of my teachers asked 

"Awak tak baca buku eh?" Sambil menghulurkan kertas periksa 1/2 tahun.

Aku diam pada mulanya. Terkelu. Lalu aku jawab dengan pasrah "Aah :') " 

Nak gugur jantung bila cikgu2 tanya macam tu. Aku dah reda sangat dah masa tu. Biarlah kali ini saja, bukan yg akan datang. Biar kena marah sekarang bukan lagi 1 setengah tahun nanti. 
Lepas beberapa hari, aku buka laman web saps where our parents should explore it for knowing their children results. 

Aku dok taip-taip no ic aku,
Taip apa yg web tu nak,
Scroll itu, backspace yg salah,
Akhirnya, muncullah keputusan p. 1/2 tahun 2k15 aku,
Allahu lemah badan aku, 
Tak pernah aku selemah ni,
Tak pernah lutut aku selonggar ni,
Tak pernah luluh jantung hati perasaan aku,
Ya Allah, teruknya keputusan aku!
Aku tak tahu apa yg akan ummi dan ayah katakan,
Marah ke tak kisah ke sedih ke kecewa ke,
Malam tu, aku menangis dan berjanji utk berubah dgn struggle .. 
Bermakna ini kali kedua aku akan kecewakan ummi dan ayah 
Yang pertama dulu masa keputusan pt3 aku yg hanya memuaskan tapi drpd riak muka ummi dan ayah,
Aku tahu mereka kecewa, bagai punah harapan mereka,
Harapan ingin salah seorang menjadi doktor dan salah seorang menjadi ustazah..
Namun, kedua-dua harapan tu macam jatuh pada aku..

Aku tak peduli dgn cita-cita aku yg sudah lama aku simpan,
Aku hanya menurut kehendak ummi dan ayah kerana aku tahu itu saja yg dapat mereka gembira.

Jadi, aku rasa keputusan yg teruk ni tak perlu tunjukkan pada ummi dan ayah.. Tapi persoalannya siapa yg nak ambil slip keputusan tu kalau bukan ummi atau ayah?     :')


Assalamualaikum..    :')
Copyright © All here belongs to nutyra💜