Well.. new school for 2015 and 2016 surely..
Bagi aku agak susah untuk selesakan diri di suasana yg baru.. Nak2 lagi bila kau sorang jaa among of your friends macam 'tercampak' kat tempat yg asing.. Jujur aku kata, aku pada mulanya dah putus asa sangat.. hahaha macam kelakar putus asa sebab kau tak ada kawan dan kau lonely.. Tapi lama-kelamaan aku fikir semula sampai bila aku nak bergantung pada Ain, pada Farhanah dan Ainun? Allah tahu ini yg terbaik utk aku.. Kalau aku pilih utk kembali ke smksp, rasanya aku takkan capai hasrat aku nak sambung bahasa Arab tinggi.. dan mungkin keputusan tu akan kecewakan perasaan orang tertentu.. hm yaa.. aku takkan buat kesilapan lagi..
Aku rasa aku buat kesilapan besar bila aku pindah, aku menyesal pada mula perjalanan baru ni.. Terpaksa tinggalkan Ain, Farhanah dan kawan2.. Tapi entah dari mana kekuatan itu hadir.. Mungkin hidayah dr Allah dan kata2 semangat dr orang2 tersayang.. Alhamdulillah aku bersyukur sangat.. Setiap yg wujud ada kelemahan dan kelebihannya, macam sekolah ni jugaa.. hehehe tapi tak kisahlah.. Sekurang-kurangnya aku lebih tahu bersyukur dan menghargai sekarang..
Cikgu2 sekolah ni lebih sporting, walaupun tengah marah tapi marah tu tak berpanjangan.. Yaa aku mula sayangkan sekolah ni..
Aktiviti-aktiviti keagamaan diselitkan jugaa, haih dah sah2 tu sekolah agama.. mestilah ada aktiviti islamik giteww.. Bila ada aktiviti2 sebegini, Allahu.. hanya Allah saja yg tahu perasaan aku masa tu.. Nak sangat kawan2 semua ada kat sini, rasa selamat sangat.. Rasa sedih sangat tak dapat nak ajak kawan2 masuk sekolah ni..yaa lah ada kalangan dorang tak nak sambung bahasa Arab, katanya susah lah apalah.. Bagi aku, setiap pelajaran itu ada susah dan senangnya.. Macam Addmath jugaa.. Kena faham dan hayati setiap apa yg cikgu ajar, baru boleh masuk dalam otak dan hati tu.. Insya-Allah..
Sekarang aku bersekolah di SMA Dato Klana Petra Maamor.. panjang bukan nama sekolah ni? hehehehe okaylah tu.. biar payah orang nak hafal, tapi mudah utk aku menghafalnya..Kalau di smksp patutnya aku amek aliran sains tulen tapi sekarang aku amek aliran akaun.. Kenangan di smksp sentiasa segar dlm ingatan dan aku rindukan suasana kegembiraan dulu.. Semoga Allah permudahkan segala urusan.. Insya-Allah..
~ASSALAMUALAIKUM~