Selamat melayari kisah hidup saya. Semoga kisah saya dapat menceriakan hari kamu. Terima kasih sudi mengunjungi blog nutyra 💜Have a nice day!

Bismillahirahmanirahim


Hari ini(21Jun 2015)  aku rasa sedih sangat.. Patutnya hari minggu macam ni kita bergumbira, terkinja menggedik dengan ummi n ayah.. Entah tetiba aku lemah semangat. Pagi tadi semuanya berjalan lancar, gembira buat study group yg pada mulanya di rumah aku kemudian berpindah ke rumah Farhanah.. Huhuhu guess what?? Kiteorang study kat bilik dia. Dia tak marah pun except ALMARI dia. Sungguh sensitif dia ni bila cakap pasal almari.. Dari tahun lepas, masa kiteorang satu geng sekepala sekautim bagailah, dia mesti cakap "Kalau korang datang rumah aku, jangan buka almari aku!" 

Masa terdetik juga 'Allahu, siapa je yg berani buka almari tuan empunya rumah..' Hahahaha sampai macam tu dia fikir.. Kelaut betul kawan aku seorang ni.. Well, farhanah ni seorang yg patut semuaorang admire because she's an intelligent person, tak lokek ilmu, yang paling penting she is my best friend (rumah kiteorang dekat sesangat tapi jarang keluar sesama esp naik basikal ke taman sebab aku tak lepas2 naik bukit nak ke taman tu kehkehkeh)  
Kekadang tu bila dah lama tak jumpa, rasa rindu sangat.. Macam kita rindu orang yang kita sayang sesangat.. Aku dah anggap dia macam kakak aku XD padahal kalau ikut birthday, aku lagi tua drpd dia.. Bagi aku, dia berfikiran matang dr aku. Masa ambil results pt3 hari tu, aku sampai peluk dia erat sangat.. Gembira untuk seorang kawan memandangkan keputusan dia cemerlang.. Ainun pun dapat keputusan yang cemerlang.. Aku dan Ain dua kali lima je hehehe.. Rezeki tu Allah yang beri, jadi kita sebagai hamba-Nya, hanya perlu patuh, menerima nikmat dan bersyukur kepadaNya..

Okay back to the main topic, imagine bila habis cuti 2 minggu hari tu, on the first day in school most of my teachers asked 

"Awak tak baca buku eh?" Sambil menghulurkan kertas periksa 1/2 tahun.

Aku diam pada mulanya. Terkelu. Lalu aku jawab dengan pasrah "Aah :') " 

Nak gugur jantung bila cikgu2 tanya macam tu. Aku dah reda sangat dah masa tu. Biarlah kali ini saja, bukan yg akan datang. Biar kena marah sekarang bukan lagi 1 setengah tahun nanti. 
Lepas beberapa hari, aku buka laman web saps where our parents should explore it for knowing their children results. 

Aku dok taip-taip no ic aku,
Taip apa yg web tu nak,
Scroll itu, backspace yg salah,
Akhirnya, muncullah keputusan p. 1/2 tahun 2k15 aku,
Allahu lemah badan aku, 
Tak pernah aku selemah ni,
Tak pernah lutut aku selonggar ni,
Tak pernah luluh jantung hati perasaan aku,
Ya Allah, teruknya keputusan aku!
Aku tak tahu apa yg akan ummi dan ayah katakan,
Marah ke tak kisah ke sedih ke kecewa ke,
Malam tu, aku menangis dan berjanji utk berubah dgn struggle .. 
Bermakna ini kali kedua aku akan kecewakan ummi dan ayah 
Yang pertama dulu masa keputusan pt3 aku yg hanya memuaskan tapi drpd riak muka ummi dan ayah,
Aku tahu mereka kecewa, bagai punah harapan mereka,
Harapan ingin salah seorang menjadi doktor dan salah seorang menjadi ustazah..
Namun, kedua-dua harapan tu macam jatuh pada aku..

Aku tak peduli dgn cita-cita aku yg sudah lama aku simpan,
Aku hanya menurut kehendak ummi dan ayah kerana aku tahu itu saja yg dapat mereka gembira.

Jadi, aku rasa keputusan yg teruk ni tak perlu tunjukkan pada ummi dan ayah.. Tapi persoalannya siapa yg nak ambil slip keputusan tu kalau bukan ummi atau ayah?     :')


Assalamualaikum..    :')

Hard to say but...

 

 It's so surprising when those see me in the middle of the girls when they knew that I no longer there. Perhaps they'll think some creatures represent me.. hahahaha doesn't make sense wehhh!

Jyeah , it's me.. I hve registered as a new GLORIAN.. Hahaha laka2lah bila speaking ni..kehkeh.. Well bila dah lama tak speaking, so kita main rojak-rojak je melayu dgn inggeris.. 

Okay,okay balik pada cerita sebenar,

Those people keep asking me "Kenapa pindah balik smksp?" "Sekolah tu tak best eh?" "Rindu aku letteww.." Pastu buat muka innocent perhh perhh 
Bila orang tanya lebih-lebih lagi cikgu2 yg ngajar kelas aku.. Walaweh, srsly aku taktau sape punya mulut yg hebohkan tentang aku pindah balik ni.. Haihh terasalah macam fofular kejap kat sekolah..hahaha..

Actually, hm aku sedih sngt nak pindah.. Tolong jgn bgth sesapa.. Entah aku tak pasti kenapa aku nak pindah.. Niat kat hati dah betul dah..nak sambung bahasa arab..ada rezeki boleh fly ke jordan ke maghribi ke mesir ke.. Tapi entah.. Jujur aku lebih suka di sana berbanding di sini.. Jauh drpd dosa.. Jauh drpd zina hati.. Ketenangan tu dpt dirasai sangat.. Tenang walaupun tak ada kawan rapat masa tu.. Baca quran sesama.. Aman sangat.. Allahu.. Nikmat tu masih dpt rasa sampai sekarang.. Aku suka dgn semua yg ada kat sana.. Kelebihannya menjadi keunikan dan kekurangannya membuatkan aku lebih bersyukur..

alaa.. dah start dah leaking ni..alahai..baiklah, aku rasa setakat ni je kot..
~Assalamualaikum~

Laila saedah, yaa Ard wa sodiqi

Tahun baru, Sekolah baru

 



Well.. new school for 2015 and 2016 surely..

Bagi aku agak susah untuk selesakan diri di suasana yg baru.. Nak2 lagi bila kau sorang jaa among of your friends macam 'tercampak' kat tempat yg asing.. Jujur aku kata, aku pada mulanya dah putus asa sangat.. hahaha macam kelakar putus asa sebab kau tak ada kawan dan kau lonely.. Tapi lama-kelamaan aku fikir semula sampai bila aku nak bergantung pada Ain, pada Farhanah dan Ainun? Allah tahu ini yg terbaik utk aku.. Kalau aku pilih utk kembali ke smksp, rasanya aku takkan capai hasrat aku nak sambung bahasa Arab tinggi.. dan mungkin keputusan tu akan kecewakan perasaan orang tertentu.. hm yaa.. aku takkan buat kesilapan lagi..


Aku rasa aku buat kesilapan besar bila aku pindah, aku menyesal pada mula perjalanan baru ni.. Terpaksa tinggalkan Ain, Farhanah dan kawan2.. Tapi entah dari mana kekuatan itu hadir.. Mungkin hidayah dr Allah dan kata2 semangat dr orang2 tersayang.. Alhamdulillah aku bersyukur sangat.. Setiap yg wujud ada kelemahan dan kelebihannya, macam sekolah ni jugaa.. hehehe tapi tak kisahlah.. Sekurang-kurangnya aku lebih tahu bersyukur dan menghargai sekarang..
 Cikgu2 sekolah ni lebih sporting, walaupun tengah marah tapi marah tu tak berpanjangan.. Yaa aku mula sayangkan sekolah ni..

Aktiviti-aktiviti keagamaan diselitkan jugaa, haih dah sah2 tu sekolah agama.. mestilah ada aktiviti islamik giteww.. Bila ada aktiviti2 sebegini, Allahu.. hanya Allah saja yg tahu perasaan aku masa tu.. Nak sangat kawan2 semua ada kat sini, rasa selamat sangat.. Rasa sedih sangat tak dapat nak ajak kawan2 masuk sekolah ni..yaa lah ada kalangan dorang tak nak sambung bahasa Arab, katanya susah lah apalah.. Bagi aku, setiap pelajaran itu ada susah dan senangnya.. Macam Addmath jugaa.. Kena faham dan hayati setiap apa yg cikgu ajar, baru boleh masuk dalam otak dan hati tu.. Insya-Allah..

 Sekarang aku bersekolah di SMA Dato Klana Petra Maamor.. panjang bukan nama sekolah ni? hehehehe okaylah tu.. biar payah orang nak hafal, tapi mudah utk aku menghafalnya..Kalau di smksp patutnya aku amek aliran sains tulen tapi sekarang aku amek aliran akaun.. Kenangan di smksp sentiasa segar dlm ingatan dan aku rindukan suasana kegembiraan dulu.. Semoga Allah permudahkan segala urusan.. Insya-Allah..



~ASSALAMUALAIKUM~

Copyright © All here belongs to nutyra💜